Rabu, 30 November 2011

Nikmat....

Dingin malam ini di tiup angin sepoi2...Yer la sekarang niekan time tengkujuh.... Sy mendoakan supaya kita semua selamat...Dijauhkan dari malapetaka dan yang penting kita mampu melakukan suruhan Allah s.w.t yang telah diamanahkan untuk seluruh umat Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w... Sy tiba2 terkenangkan bagaimana nasib yang dialami kepada mereka yang ditimpa musibah..Seluruh manusia yang hidup didunia ini akan menerima musibah, tidak kira ianya datang dalam jangka masa yang lama ataupun hanya untuk seketika ia tetap di sebut musibah, dugaan atau apa2 sajalah yang anda fahami.. Disini saya ingin berkongsi kepada anda semua pengalaman saya sendiri yang betul2 terjadi dan tidak akan pernah saya lupakan seumur hidup saya ini.. Satu perasaan yang sukar untuk digambarkan secara subjektif..tetapi saya akan cuba untuk anda betul2 mendalaminya.. Saat saya membuka mata kelihatann wayar berselirat di seluruh tubuh saya..."Ehhh kenapa nie??" Soal hati saya lagi yang masih tidak tahu ape sebenarnya yang berlaku..Terasa sangat seperti mati hidup kembali setelah sekian lama saya telah tertidur di sebuah katil besi..Ehh bukan "hotel besi" yer... Ketika itu penglihatan sangat kabur..dengan suasana yang sunyi sepi terasa pula seperti di "liang lahat" ishhh....Ya Allah....Saya sangat bersyukur dapat meneruskan kehidupan harian...Menghirup udara dan melihat sinaran mentari....Ya semasa berada di Wad ICU (unit rawatan rapi) pelbagai perasaan yang menjelma dalam fikiran...kata perpatah 'tak merasa tak tahu" rasanya berada di antara dua dunia....perasaan takut, sedih, suka, semua bercampur-baur..betul ia sukar untuk dinyatakan...Ini perkara hidup dan mati tu...tak boleh dibuat main.. Perkara yang mula-mula amat menakutkan adalah saya tidak boleh mengeluarkan suara..mulut nie berkumat-kamit tapi suara tetap juga tidak kedengaran..Err!! adakah sy sudah tidak boleh lagi berkata2 ke?? Risau tu bro...mane taknya...Suara adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan ini.. Itulah nikmat saya yang di ambil untuk seketika... Series terasa sangat...dahulunya kita mampu untuk berkata2...tiba2 sahaja kita telah kehilangan suara untuk berkata2....perrghhh.. Pernah kita lihat Orang Bisu? Bagaimana cara dia berinteraksi? Susahkan....tp mereka telah "bisu" sejak mereka lahir lagi...jadinya mereka masih boleh menerima siapa diri mereka....Kalau kita yang dahulunya boleh berkata2 tiba2 tidak huru-hara jadinya....Setelah beberapa hari di beri penerangan oleh "along" yang menjaga saya semasa di Wad barulah saya tahu diri ini telah mengalami kemalangan jalan raya.... Ha....kejadian itu berlaku ketika bulan Ramadhan Al-Mubarak...Lagi nikmat untuk saya rasa telah di tarik....Pernahkah anda beraya di Wad ICU?? Dalam keadaann separuh sedar? Pernah pula kita fikirkan kepada mereka yang tidak dapat merasa suasana Hari Raya....Series sedih tu bro...mmg terasa sangat..yang kita ini perlu bersyukur dengan nikmatnya... Ingat lagi sebelum bulan "puasa" lagi saya sudah berangan2 untuk menggayakan baju melayu pich, nak beli ayam pencen untuk buat rendang...perghhhh tinggi melangit kot... Arr nie nk mulakan dengan malam terakhir sebelum hari kejadian saya pergi ke sebuah pasaraya untuk membeli bahan- bahan untuk membuat "DODOL" project raya katakan...Hendak dijayakan bersama kawan2 sekampung...nak cari duit raya lebih la katakan... Itulah malam terakhir sebelum kemalangan yang hampir meragut nyawa saya.....Ini saya ada slot sebelom dihantar ke hospital besar .http://youtu.be/3J09ElFx_Ns.....So hanya sammpai disini sahajalah cerita saya...Akan ada lagi kisah sambungan...ok..Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak itu datang dari saya dengan izin Allah.. Sekian...Wasalam.....

Khamis, 24 November 2011

CINTA ITU MEMERITKAN..


Sambil aku duduk di katil..Melihat hp di tangan...tiada sebarang masej pun yg masuk... Fikiran aku kini berserabut...Adakah ini aku harus menerima kenyataan yang aku harus melupakan dia? Aku sendiri tertanya2 mengapa ini berlaku...Tetapi aku bersyukur kerana pada masa ini dia berterus terang pada aku...Aku tahu "jodoh, pertemuan, dan ajal" itu kuasa Allah s.w.t...

Tiada siapa yang layak menghalang kehendaknya...jadi kita insan yang kerdil ini harus "redha" dgn kehendakNya.. Mungkin ada lagi kebahagiaan yang lebih baik lagi daripada sekarang ini..Katanya ada "hikmah disebalik sesuatu kejadian itu" Kita harus teruskan kehidupan...jangan mudah mengalah...`Semua orang ada masalah masing2...Sama saja..yg kaya,miskin, muda,tua selagi kita ini bergelar manusia..tidak akan berhenti...cuma bezanya bagaimana cara kita untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Cinta amatlah mudah untuk dilafaskan...tetapi ianya susah untuk kita tunjukkan... Sangat susah...Cinta bukanlah material yang boleh dilihat dgn mata kasar..tetapi ia harus di lihat dengan menggunakan mata "hati"...jika gagal untuk menilai lain lah jadinya...akan berlaku pelbagai andaian yang bukan2...huhhh!!! susah untuk saya kongsikan...kerana saya sendiri telah gagal untuk menunjukkan "cinta" sy kepada seseorang hingga menyebabkan kehilangannya..

Siapa yang pernah merasa keperitan ini tahu lah bagaimana rasanya...tidak semua yang indah itu akan indah selama-lamanya...tidak akan kekal selama-lamanya...setiap permulaan ada penghujungnya..So tidak perlu meraung dgn apa yg telah berlaku...kerana ia adalah lumrah dunia... ingat yang patah pasti tumbuh semula...

Rabu, 16 November 2011

Adakah adil bagi kita??

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Sedang saya leka makan bersama-sama keluarga dimeja makan...
Wah sedap sungguh lauk hari ini.."sambal ikan selar, sup telor puyuh dgn nasi panas" selera sungguh dibuatnya. Sambil makan aku menonton buletin utama tetiba saja aku terhenti meyuap..

Bukan aku mahu memberi tahu menu hari ini tetapi "sifat dan layanan penyokong negara jiran" terhadap atlet dan wakil media negara semasa Sukan Sea ke 10 Indonesia yang kurang disenanggi. Apa sebenarnya motif warga Indonesia yang berkelakuan sebegitu sedangkan kita rakyat Malaysia memberikan layanan begitu baik dengan warga Indonesia yang berada di tanah air.

Saya terpanggil untuk menulis isu ini bukan untuk meyebelahi mana-mana pihak tetapi rasa ketidak puasan hati melihat keadaan tersebut. Saya adalah anak Malaysia, pantang bagi saya "orang luar" memperlakukan keaiban terhadap "Jalur Gemilang" ssebagai sebuah Negara yang Berdaulat. Adakah ia "adil" dengan apa yang telah "mereka" perolehi di Negara ini?

Janganlah jadi seperti "Monyit" yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang diperoleh sedangkan sudah penuh makanan dimulut. Apakah sebegitu sekali perlu kita gambarkan kepada "warga jiran" yang datang mencari rezeki disini? Tidak sedar dirikah mereka?

Isnin, 14 November 2011

Luahan Haty...


Assalammualaikum...

Hai my Friends...Today sy just nak share dgn u all...

SAYA PALING TIDAK SUKA DENGAN PERAGAI "ORANG TUA YANG SELALU DAN SUKA MEMEKAK TAK TENTU PASAL"

Sy tau...u all sume ad fmly...Ada pelbagai ragam..tp please la..
Jangan la suka sgt cpt "naik angin"...Orang lain pun ada haty & perasaan jgk...
Jgn la fkir diri sendiri jer... Setakat perkara kecik2 nie x yah la nk "haruk 1kmpg" plak..klu yer pun semangat 1 Malaysia tu membara ya "amat" cube control skit...

Zaman sekarang nie "Ibu Bapak" perlu mengikut permodenan "global".. Lebih keterbukaan dgn anak2... bukan lah herdikan dan cacian untuk menyampaikan sesuatu masej...tetapi bermuzakaroh kan lebih bagus...Sekaligus dpt mengelakan gejala yg tidak bermoral... Kita lihat sahaja "remaja" zaman la nie sgt terok dr segi "akhlaknya"..sebab apa?? Itu semuanya berpunca daripada "institusi kekeluargaan" yg rapuh..

http://www.blogger.com/img/blank.gif


So sy mengigatkan diri sy sendiri dan juga kawan2 supaya jangan la suka melapaskan "api amarah" kita terhadap orang lain...kerana orang lain juga memunyai "hati & perasaan" ingat kita saling memerlukan antara satu dgn yg lain... Orang tua memerlukan Orang muda..dan Orang Muda memerlukan Orang Tua...Tanpa orang "tua" tiadalah orang "muda"..

Akhir kata dari saya...yang baik itu datang dari ALLah yang tidak itu datang dari saya dgn izin ALLAH..
Wassalam...