Sabtu, 24 Disember 2011
Sayangilah Tanah Air Kita
Assalammualaikum dan Salam sejahtera..
Ape khabar kawan2 semua...Sudah semestinya gembira bersama keluarga tercinta..
Yer la, Dapat cuti panjang...so ape salahnya sekali-sekala meluangkan masa bersama keluarga tercinta..
So hari nie saya nak share la dgn korang semua, mengenai rasa sayang dan cinta korang terhadap negara...
Betul ke korang nie sayangkan NEGARA kita nie??? Kalau jawapannya IA, anda adalah anak JATI MALAYSIA... tp klu jawapannya TIDAK??? Sy rasa la baik la korang pie duduk tempat lain yg korang rasa lebih bagus daripada MALAYSIA nie.. Tak cukup lg ker dgn KEMEWAHAN, KEAMANAN, KESEJAHTERAAN, dan KEBAHAGIAAN yg sedang kita semua nikmati di bumi MALAYSIA terCINTA ini??
Saya tidak mewakili mana2 pihak, tetapi lihat la sendiri ramai RAKYAT yg tidak tahu berterima kasih dgn KENIKMATAN yg kita miliki ini.. Tolong la hargai kerna IAny tidak mudah untuk diperolehi... Kebanyakan "orang" bila ditanya adakah anda sayangkan MALAYSA....jawapan yg akan diberi ialah Iya "saya sayangkan MALAYSIA tapi adakah anda semua benar2 faham maksud sayangkan tanah air NEGARA MALAYSIA yg terCINTA??
Disini saya ingin nyatakan bahawa sayangkan MALAYSIA bukan hanya kata2 sahaja...ia merangkumi banyak aspek dan terdiri daripada diri kita sendiri..sudah nyata terdapat dalam rukun NEGARA..
1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan
Saya percaya bahawa anda semua sudah hafal dengan rukun NEGARA ini sejak zaman sekolah telah diterapkan, pagi2 sesudah menyayikan lagu NEGARAKU dan sesudah itu anda akan berikrar menunjukkan keluhuran terhadap perlembagaan NEGARA. Adakah anda masih ingat??
Sayangnya sekarang ini ada diantara kita sudah pandai mungkir pada janjinya untuk taat kepada NEGARA..Ada yang sudah pandai mempertikaikan Istitusi BERAJA, mempertikaikan Kedaulatan Undang2 dan bermacam2 lg lah..Mengapakah ini berlaku?? Adakah ini kerana peningkatan IQ anak2 MALYSIA?? Peningkatan IQ itu tidak salah tetapi mestilah seiring dengan hasrat untuk bersama2 memajukan tanah air terCINTA ini..bukan hanya pandai mempertikaikan itu dan ini tetapi sedikit pn tidak membantu NEGARA..
Fikirlah seluruh ANAK2 MALAYSIA...Tidak mudah untuk kita semua capai dengan apa yg telah kita miliki sekarang ini..Janjanlah kita menjadi "Pak Kaduk" AYAMNYA MENANG KAMPUNG PULA TERGADAI....Buanglah jauh2 perasaan iri hati, dengki mendengki dan perasaan tidak puas hati kerana tidak akan memberi manfaat apa2 pn terhadap sesiapa... Sedarlah dalam setiap agama pun menuntut semua peganutnya untuk menjauhkan sifat yg keji dan memudaratkan orang sekeliling...
Saya berpesan kepada diri saya dan semua sahabat HARGAILAH NEGARA MALAYSIA ini dan bersama2lah kita memberi sumbangan sebanyak sedikit supaya MALAYSIA akan kekal menjadi sebuah negara yang MAKMUR,AMAN,dan KESEJAHTERAANNYA berkekalan dibawah pimpinan DULI YANG MAHA MULIA DIPERTUAN AGUNG serta PERDANA MENTERI MALAYSIA..Sekian...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan