Rabu, 30 November 2011
Nikmat....
Dingin malam ini di tiup angin sepoi2...Yer la sekarang niekan time tengkujuh....
Sy mendoakan supaya kita semua selamat...Dijauhkan dari malapetaka dan yang penting kita mampu melakukan suruhan Allah s.w.t yang telah diamanahkan untuk seluruh umat Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w... Sy tiba2 terkenangkan bagaimana nasib yang dialami kepada mereka yang ditimpa musibah..Seluruh manusia yang hidup didunia ini akan menerima musibah, tidak kira ianya datang dalam jangka masa yang lama ataupun hanya untuk seketika ia tetap di sebut musibah, dugaan atau apa2 sajalah yang anda fahami.. Disini saya ingin berkongsi kepada anda semua pengalaman saya sendiri yang betul2 terjadi dan tidak akan pernah saya lupakan seumur hidup saya ini.. Satu perasaan yang sukar untuk digambarkan secara subjektif..tetapi saya akan cuba untuk anda betul2 mendalaminya..
Saat saya membuka mata kelihatann wayar berselirat di seluruh tubuh saya..."Ehhh kenapa nie??" Soal hati saya lagi yang masih tidak tahu ape sebenarnya yang berlaku..Terasa sangat seperti mati hidup kembali setelah sekian lama saya telah tertidur di sebuah katil besi..Ehh bukan "hotel besi" yer... Ketika itu penglihatan sangat kabur..dengan suasana yang sunyi sepi terasa pula seperti di "liang lahat" ishhh....Ya Allah....Saya sangat bersyukur dapat meneruskan kehidupan harian...Menghirup udara dan melihat sinaran mentari....Ya semasa berada di Wad ICU (unit rawatan rapi) pelbagai perasaan yang menjelma dalam fikiran...kata perpatah 'tak merasa tak tahu" rasanya berada di antara dua dunia....perasaan takut, sedih, suka, semua bercampur-baur..betul ia sukar untuk dinyatakan...Ini perkara hidup dan mati tu...tak boleh dibuat main.. Perkara yang mula-mula amat menakutkan adalah saya tidak boleh mengeluarkan suara..mulut nie berkumat-kamit tapi suara tetap juga tidak kedengaran..Err!! adakah sy sudah tidak boleh lagi berkata2 ke?? Risau tu bro...mane taknya...Suara adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan ini.. Itulah nikmat saya yang di ambil untuk seketika...
Series terasa sangat...dahulunya kita mampu untuk berkata2...tiba2 sahaja kita telah kehilangan suara untuk berkata2....perrghhh.. Pernah kita lihat Orang Bisu? Bagaimana cara dia berinteraksi? Susahkan....tp mereka telah "bisu" sejak mereka lahir lagi...jadinya mereka masih boleh menerima siapa diri mereka....Kalau kita yang dahulunya boleh berkata2 tiba2 tidak huru-hara jadinya....Setelah beberapa hari di beri penerangan oleh "along" yang menjaga saya semasa di Wad barulah saya tahu diri ini telah mengalami kemalangan jalan raya.... Ha....kejadian itu berlaku ketika bulan Ramadhan Al-Mubarak...Lagi nikmat untuk saya rasa telah di tarik....Pernahkah anda beraya di Wad ICU?? Dalam keadaann separuh sedar? Pernah pula kita fikirkan kepada mereka yang tidak dapat merasa suasana Hari Raya....Series sedih tu bro...mmg terasa sangat..yang kita ini perlu bersyukur dengan nikmatnya... Ingat lagi sebelum bulan "puasa" lagi saya sudah berangan2 untuk menggayakan baju melayu pich, nak beli ayam pencen untuk buat rendang...perghhhh tinggi melangit kot...
Arr nie nk mulakan dengan malam terakhir sebelum hari kejadian saya pergi ke sebuah pasaraya untuk membeli bahan- bahan untuk membuat "DODOL" project raya katakan...Hendak dijayakan bersama kawan2 sekampung...nak cari duit raya lebih la katakan... Itulah malam terakhir sebelum kemalangan yang hampir meragut nyawa saya.....Ini saya ada slot sebelom dihantar ke hospital besar .http://youtu.be/3J09ElFx_Ns.....So hanya sammpai disini sahajalah cerita saya...Akan ada lagi kisah sambungan...ok..Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak itu datang dari saya dengan izin Allah..
Sekian...Wasalam.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan