Sabtu, 17 Mac 2012

Dah Lebih nie!!!!!

Sebagai rakyat MALAYSIA aku terpanggil la untuk membuat isu ini....Rasanya seperti ada yang tidak kena dengan keputusan NEGARA JIRAN mengenai bayaran untuk PEMBANTU RUMAH....Apa sebenarnya yang dimahukan oleh pihak KERAJAAN INDONESIA yer?? Bayangkan setiap tugasan yang dilakukan berharga RM 700$$$$ perghh tak mengagak betol la....

Gaji mengalahkan PROFESSIONAL tu beb!!!! Dah la kemudahan semua disediakan.. Rumah, makan, dan bawak jalan bagai dah tu nk bayar LEBIH lagi?? Per cite nie!!! Walaupun aku nie tak guna la perkhidmatan PEMBANTU UMAH nie tapi aku tak puas hati la beb..... Ini tidak adil betul la....Pekerja asing nie keje kat sini mcm orang BODOH JER....tapi balik KAMPUNG halaman jadi JUTAWAN tu siutttt!!!!!

Lihat jer LAMBAKAN warga asing nie menyebabkan banyak jenayah berleluasa serta kurangnya peluang pekerjaan untuk rakyat MALAYSIA sendiri...Aku rasa la MALAYSIA dah tak perlu lagi dok IMPORT orang asing nie lagi... Sekarang nie nak amik diorang keje lagi mahal so sama jer kalau amik ORANG MALAYSIA sendiri keje bayar gaji yang sama MAHALnya...Betul tak?? Nie pendapat aku la...tapi aku rasa ini adalah cara yang TERBAIKK!!!...

Kehadiran pendatang asing tanpa izin (Pati) di negara ini selain membebankan kerajaan daripada segi pengurusan dan kos, juga membawa kesan negatif kepada masyarakat tempatan daripada sudut sosial, kata seorang pakar sosial.
Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata kedatangan Pati membawa impak kepada kegiatan antisosial seperti jenayah termasuk yang serius.
Banyak kes pembunuhan, rompakan, pecah rumah dan mencuri membabitkan Pati dengan kes terbaru melibatkan penahan lapan lelaki Bangladesh berhubung pembunuhan wanita Indonesia yang dikerat 15 bahagian di Apartmen Astaria, Taman Kosas, Ampang.
Turut dibunuh ialah anak lelaki wanita itu.
Rumah-rumah urut pula menggunakan khidmat wanita warga asing, dan apa yang membimbangkan ialah golongan belia sudah mula berjinak-jinak mengunjungi tempat ini.
“Golongan ini (Pati) juga terbabit dengan kegiatan kurang bermoral seperti meminta sedekah. Mereka juga membawa nilai agama dan bangsa yang kontroversial,” kata Mohamed Fadzil kepada Bernama di sini Rabu.
Oleh itu, katanya, wajarlah kerajaan melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin, dikenali sebagai 6P, yang bermula serentak di Semenanjung dan Sarawak sejak 1 Ogos lepas.
“Mereka juga membabitkan belanja untuk kos penahanan dan menghantar mereka pulang ke negara asal. Saya sangat bersetuju Kementerian Dalam Negeri terutamanya Jabatan Imigresen Malaysia mengadakan program 6P yang sebahagian besar akan mengatasi masalah-masalah sosial ini,” katanya.
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, sehingga 8 Ogos, 1,548,798 Pati dan pekerja asing sah telah didaftar melalui program itu.
  Sumber : Wowberita.org

 p/s: So sedar2 lah warga MALAYSIA semua....Rebut pekerjaan yang ditawarkan...jangan dok memilih sangat...Sebat jer peluang yang ada..kalau nak gaji besar tambah la skill ok baru la bleh dapat gaji besar...

Khamis, 15 Mac 2012

Jenayah Berleluasa....

Indah sungguh kehidupan di DUNIA ini..
Kita boleh melakukan pelbagai AKTIVITI tidak kira masa, pagi, petang, malam sehingga ke pagi dan seterusnya... Kita sering sibuk dengan tugasan harian kita, kadang-kala kita terlepas pandang apa yang berlaku di sekeliling kita..Lihat sahaja sekarang ini pelbagai kes yang berlaku, contohnya pembunuhan yang menggemparkan NEGARA Allahyarhan Nurul Nadirah atau panggilan manjanya "DIRANG". 


Dimana letaknya sifat kemanusiaan MANUSIA zaman kini yang sedikit pun tidak mempunyai sifat belas kasihan walaupun NEGARA ini mempunyai undang-undang. Di manakah silapnya?? Adakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa lambat? Atau masih kurangnya kecekapan dan pendedahan? Mungkin kita perlu mengkaji semula apakah tindakan yang perlu kita ambil bagi mengelakkan perkara ini dari terus berlaku.


Ini adalah indeks kadar jenayah di Malaysia...

PERBANDINGAN JENAYAH INDEKS (JAN ヨ SEPT. 2010 / 2011)
 DAN JENAYAH JALANAN (JAN ヨ SEPT. 2009 / 2011)
KONTINJEN HOTSPOT /MALAYSIA
Perbandingan Statistik Jenayah Indeks / Jenayah Jalanan Kontinjen Malaysia 2009/2010
Sumber : Polis Diraja Malaysia


Sangat membimbangkan dengan kadar peratusan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Jadi sebagai umat manusia amnya serta rakyat MALAYSIA khasnya kita perlu mengambil langkah berhati-hati supaya kadar jenayah dapat di turunkan. Orang ramai perlu peka dengan keadaan sekeliling, tidak kira di mana sahaja kerana ia akan membantu sedikit sebanyak dalam menjaga keselamatan awam. Tanamkan kembali sikap "Menjaga Tepi Kain", itu adalah langkah terbaik untuk di pupuk kerana semua orang di kawasan kejiranan anda akan saling mengambil tahu mengenai apa yang sedang berlaku..

p/s: Wahai penjenayah ingat2 la....kat dunia nie engkau bebas la....Esok kt akhirat engkau akan tau.. Ar nk cakap jgk nie klu nk jaga tepi kain tu agak2 la yer...Jgn LUAR DALAM pn nk jaga jgk...Dah tu duk ANYAM KETUPAT kt bawah pokok mangga.... erm...dh salah tu makcik oiii...Oklah....klu ada ape2 nk tmbah comment la yer...

Rabu, 14 Mac 2012

SiFaT pErOKoK MALAYSIA...

Asssalammualaikum...


Sambil aku sedang duduk termenung di CAFE
Tiba-tiba aku terNAMPAK satu sikap yang kurang MOLEK...
Walaupun bagi sesetengah ORANG itu adalah perkara biasa,
Tetapi bagi aku ia sangat2 kurang MENYENANGKAN pandangan ....
Adakah itu sudah sikap yang telah DIPUPUK oleh rakyat MALAYSIA sendiri??


Ya, itulah sikap yang telah dan akan TERUS diWARISI oleh semua RAKYAT Malaysia....
Jika tabiat ini tidak diPERINGAT.... Ia akan terus berNANAH dan MEMBUSUK...
Peliknya semua sudah tahu KESALAHAN yang dilakukan..Tetapi sengaja di pandang REMEH.

Inilah buktinya sikap PEROKOK yang sedikitpun tidak mempunyai rasa TANGGUNGJAWAB
kepada masyrakat, agama, dan DUNIA....

"dalam tandas awam"



"kat longkang"

Ape seharusnya yang perlu kita lakukan supaya PEROKOK dapat mendidik diri mereka untuk menjaga KEBERSIHAN?? Saya tidak menyatakan yang merokok itu SALAH..cuma saya sangat TIDAK bersetuju jika perkara ini berlarutan.

FAKTA MEMBIMBANGKAN AKIBAT MEROKOK
  • • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok
  • • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5 : 1
  • • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah
  • • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok
  • • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun
  • • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

p/s : Jangan la nak puaskan tekak engkau orang aje...X fikir orang lain ker??
Please la....Dah isap rokok tu buang la kt tong sampah @ klu dh x ad tong sampah tu simpan la dalam POKET SELUAR korang...ok...Klu aku salah tang bab nie please comment ye...