Gaji mengalahkan PROFESSIONAL tu beb!!!! Dah la kemudahan semua disediakan.. Rumah, makan, dan bawak jalan bagai dah tu nk bayar LEBIH lagi?? Per cite nie!!! Walaupun aku nie tak guna la perkhidmatan PEMBANTU UMAH nie tapi aku tak puas hati la beb..... Ini tidak adil betul la....Pekerja asing nie keje kat sini mcm orang BODOH JER....tapi balik KAMPUNG halaman jadi JUTAWAN tu siutttt!!!!!
Sumber : Akbar Utusan Malaysia
Lihat jer LAMBAKAN warga asing nie menyebabkan banyak jenayah berleluasa serta kurangnya peluang pekerjaan untuk rakyat MALAYSIA sendiri...Aku rasa la MALAYSIA dah tak perlu lagi dok IMPORT orang asing nie lagi... Sekarang nie nak amik diorang keje lagi mahal so sama jer kalau amik ORANG MALAYSIA sendiri keje bayar gaji yang sama MAHALnya...Betul tak?? Nie pendapat aku la...tapi aku rasa ini adalah cara yang TERBAIKK!!!...
Kehadiran pendatang asing tanpa izin (Pati) di negara ini selain membebankan kerajaan daripada segi pengurusan dan kos, juga membawa kesan negatif kepada masyarakat tempatan daripada sudut sosial, kata seorang pakar sosial.
Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata kedatangan Pati membawa impak kepada kegiatan antisosial seperti jenayah termasuk yang serius.
Banyak kes pembunuhan, rompakan, pecah rumah dan mencuri membabitkan Pati dengan kes terbaru melibatkan penahan lapan lelaki Bangladesh berhubung pembunuhan wanita Indonesia yang dikerat 15 bahagian di Apartmen Astaria, Taman Kosas, Ampang.
Turut dibunuh ialah anak lelaki wanita itu.
Rumah-rumah urut pula menggunakan khidmat wanita warga asing, dan apa yang membimbangkan ialah golongan belia sudah mula berjinak-jinak mengunjungi tempat ini.
“Golongan ini (Pati) juga terbabit dengan kegiatan kurang bermoral seperti meminta sedekah. Mereka juga membawa nilai agama dan bangsa yang kontroversial,” kata Mohamed Fadzil kepada Bernama di sini Rabu.
Oleh itu, katanya, wajarlah kerajaan melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin, dikenali sebagai 6P, yang bermula serentak di Semenanjung dan Sarawak sejak 1 Ogos lepas.
“Mereka juga membabitkan belanja untuk kos penahanan dan menghantar mereka pulang ke negara asal. Saya sangat bersetuju Kementerian Dalam Negeri terutamanya Jabatan Imigresen Malaysia mengadakan program 6P yang sebahagian besar akan mengatasi masalah-masalah sosial ini,” katanya.
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, sehingga 8 Ogos, 1,548,798 Pati dan pekerja asing sah telah didaftar melalui program itu.
Sumber : Wowberita.org
p/s: So sedar2 lah warga MALAYSIA semua....Rebut pekerjaan yang ditawarkan...jangan dok memilih sangat...Sebat jer peluang yang ada..kalau nak gaji besar tambah la skill ok baru la bleh dapat gaji besar...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan