Khamis, 24 November 2011

CINTA ITU MEMERITKAN..


Sambil aku duduk di katil..Melihat hp di tangan...tiada sebarang masej pun yg masuk... Fikiran aku kini berserabut...Adakah ini aku harus menerima kenyataan yang aku harus melupakan dia? Aku sendiri tertanya2 mengapa ini berlaku...Tetapi aku bersyukur kerana pada masa ini dia berterus terang pada aku...Aku tahu "jodoh, pertemuan, dan ajal" itu kuasa Allah s.w.t...

Tiada siapa yang layak menghalang kehendaknya...jadi kita insan yang kerdil ini harus "redha" dgn kehendakNya.. Mungkin ada lagi kebahagiaan yang lebih baik lagi daripada sekarang ini..Katanya ada "hikmah disebalik sesuatu kejadian itu" Kita harus teruskan kehidupan...jangan mudah mengalah...`Semua orang ada masalah masing2...Sama saja..yg kaya,miskin, muda,tua selagi kita ini bergelar manusia..tidak akan berhenti...cuma bezanya bagaimana cara kita untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Cinta amatlah mudah untuk dilafaskan...tetapi ianya susah untuk kita tunjukkan... Sangat susah...Cinta bukanlah material yang boleh dilihat dgn mata kasar..tetapi ia harus di lihat dengan menggunakan mata "hati"...jika gagal untuk menilai lain lah jadinya...akan berlaku pelbagai andaian yang bukan2...huhhh!!! susah untuk saya kongsikan...kerana saya sendiri telah gagal untuk menunjukkan "cinta" sy kepada seseorang hingga menyebabkan kehilangannya..

Siapa yang pernah merasa keperitan ini tahu lah bagaimana rasanya...tidak semua yang indah itu akan indah selama-lamanya...tidak akan kekal selama-lamanya...setiap permulaan ada penghujungnya..So tidak perlu meraung dgn apa yg telah berlaku...kerana ia adalah lumrah dunia... ingat yang patah pasti tumbuh semula...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan