Jumaat, 1 November 2013

Guard Rompak >>> Salah Sapa?

Akhir-akhir kini keganasan sering berlaku di merata-rata tempat. Kes bunuh, rompakan kian menjadi-jadi. Apakah sebenarnya berlaku? Adakah ini kerana kurangnya pemantauan daripada pihak berkuasa atau sebagai penunjuk Malaysia berada di dalam kematangan dan kemajuan? Setiap hari ada sahaja kes pembunuhan dan rompakan berlaku. Apakah langkah pihak berkuasa bagi megekang kejadian ini berlaku?

Kes Rompakan AmBank

Dilihat kepada Bajet 2014, PDRM menerima peruntukan kerajaan sebanyak RM 8.8 bilion dalam Bajet  2014 kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) benar-benar berbaloi dengan gerak kerja dan usaha PDRM membanteras jenayah.Maka diharapkan bukan hanya sekadar angka sahaja. Sebagai rakyat Malaysia saya berharap PDRM dapat membenteras jenayah lebih hebat. Terima kasih diatas segala pendekatan PDRM yang telah diambil kini. Tetapi banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki.