Isnin, 9 Jun 2014

Rangkuman Sepintas Lalu

Selamat petang aku ucapkan pada semua yg sanggup singgah untuk membaca carutan yg aku coretkan pada hari ini. Sejak akhir-akhir ini banyak sangat perkara yg berlaku. Mana tidaknya kecoh 1 DUNIA yg pesawat Mas Boing MH 370 yg hilang entah kemana, ditambah pula dengan isu BOMOH yg menunjukkan kepakaran utk mengesan pesawat tersebut. Aku mengucapkan takziah kepada keluarga yang terlibat. Seterusnya timbul pula isu penculikan di zon ESSCOM yg telah di kawal begitu ketat oleh Pegawai Keselamatan Malaysia. Urmm....Mcm mne la boleh terlepas agaknya. Baru2 ini ada kenyataan drpd Menteri bahawa mungkin terdapat ketidak telusan pegawai ESSCOM yg bertugas dan Pihak SPRM telahpun mengambil langkah awal menghantar pegawai SPRM ke sana.

Dalam pd itu juga, timbul pula isu keluar PARTI oleh 3 Adun BN Terengganu menjadi Adun Bebas diatas ketidakpuasan hati kerana DS Najib telah membuat kepetusan utk menukar MB Terengganu yg baharu. Kalut 1 Malaysia dibuatnya.... (hahahaha) tp akhirnya mereka berbalik semula kpd pangkuan BN (UMNO). Ada yg berpendapat isu ini adalah gimik parti tersebut tp tak dapat dipastikan sejauh mana perkara ini. Kita doakan yg terbaik sajalah. Senyap sudah isu tersebut.... Dengan tiba2 timbul pulak isu Beruang Panda yg menelan belanja jutaan ringgit. Ada pihak yg menentang sekeras2nya tindakan kerajaan membelanjakan jutaan ringgit hanya disebabkan Beruang Panda yg diterima drpd Kerajaan Negara China tanda 40 tahun Persahabatan Malaysia China. Tahniah diucapkan....tp jgnlah berbazir-baziran......ok....

So aku rasa cukup kot carutan utk ptg ini. So nt kita ketemu lagi pd masa dan hari yg berlainan. Jaga Hati, Insyallah Akan Menjadi Insan Yg Suci.... :)  :p

Ahad, 8 Jun 2014

Servis Celcom Sangat Mengecewakan.

Salam sejahtera. Sy sgt tidak berpuas hati dgn cara penyelesaian masalah drpd pihak celcom yg mengambil ringan terhadap laporan yg dibuat. Mengapakah servis pihak celcom tidak memuaskan sejak akhir2 ini? Sy mahukn penjelasan yg sewajarnya drpd pihak celcom bg menyelesaikan masalah yg telah sy hadapi drpd 14/5/14 sehingga kini masih belom diselesaikan dgn sewajarnya. Sy rasa seperti diperbodoh2kn oleh pihak celcom diatas ketidaktepatan maklumat yg diberikan. Pihak celcom perlu memandang serius dgn setiap masalah yg dihadapi dan bukan hanya membiarkan pengadu tertunggu2 dgn laporan yg telah dibuat. Dimanakah sifat keperihatinan pihak Celcom terhadap pelanggan yg setia walaupun mengetahui SERVIS tidak memuaskn hati. Kami (pelanggan) mempercayai pihak celcom boleh menyediakan perkhidmatan yg lebih bermutu setanding namanya (axiata) yg gah dipersada antara bangsa. 

Selasa, 18 Mac 2014

Jom Masuk KKTM Masjid Tanah

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA MASJID TANAH (KKTMMT) BAGI SESI JULAI-DISEMBER 2014.
a) http://upu.moe.gov.my/ * 20/1/14 – 7/4/14
b) http://apponline.mara.gov.my/spupim *4/3/14 – 31/4/14
c) “Walk-in” ke KKTM Masjid Tanah

PROGRAM YANG DITAWARKAN :


IKM/KKTM
PROGRAM
SYARAT KEMASUKAN
SYARAT LAIN
1
KKTM Masjid Tanah
 

Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif


Diploma Teknologi Pemprosesan Polimer Komposit


Diploma Teknologi Pemprosesan Seramik


Diploma Teknologi Pemprosesan Plastik
    Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian mata pelajaran berikut:
  1. Bahasa Melayu
  2. Matematik
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain berkaitan Sains / Teknikal / Vokasional
Lulus Bahasa Inggeris






LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi IKM atau setara dengan CGPA ≥ 2.00
ATAU
Lulus STPM atau setara serta Lulus di Peringkat SPM bagi mata pelajaran:
  1. Matematik
  2. Bahasa Inggeris
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain berkaitan Sains / Teknikal / Vokasional
ATAU
LULUS Sijil Kemahiran Tahap 3 yang diiktiraf atau setara dan satu (1) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan atau bridging satu (1) semester
*Semua laluan kemasukan di atas memerlukan kepujian Bahasa Melayu peringkat SPM
*PERMOHONAN BOLEH DI BUAT MELALUI ONLINE DAN WALK-IN
4) Dip. Tek. Kejuruteraan Automotif
*PERMOHONAN HANYA BOLEH DI BUAT MELALUI ONLINE
YURAN PENGAJIAN DAN ASRAMA ADALAH PERCUMA!!!
ELAUN SARA HIDUP RM 300 SEBULAN.
CALON ADALAH BUMIPUTERA MALAYSIA.