Jumaat, 13 April 2012

"Manifesto Negara Kebajikan" "Rakyat Malas"

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Ape khbar anda semua hari nie? Bagaimana dengan tugasan harian anda?
Saya hari ini ada sedikit kupasan mengenai Negara Kebajikan Ajar Rakyat Malas Bekerja.

Baru-baru ini bapa kepada Asyraf Haziq, pelajar dibawah tajaan "MAJLIS AMANAH RAKYAT" yang disamun oleh beberapa remaja ketika berlakunya rusuhan di Britain tahun lalu menjadi tumpuan apabila temu ramah beliau dengan akhbar terkemuka di negara tersebut.

Didalam temu bual akhbar tersebut, beliau telah melontarkan persoalan kewajaran bantuan kebajikan di berikan kepada penganggur di negara berkenaan walaupun majoriti daripadanya waras, sihat tubuh badan dan cukup berupaya untuk bekerja. Antara penerima bantuan tersebut adalah remaja yang telah menyerang Asyraf Haziq. Ketegasan bapa Asyraf Haziq terserlah apabila beliau menegaskan di Malaysia, kebanyakan rakyatnya bekerja keras untuk kesenangan hidup, manakala bantu kebajikan diperuntukkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Diatas kenyataan yang telah dibuat oleh bapa Asyraf Haziq, seorang rakyat Britain telah mengulas kenyataan itu dan turut tidak bersetuju dengan amalan dan pendekatan negara "menanggung biawak hidup" yang dilakukan pihak Kerajaan Britain. "Kami sendiri tidak faham. Mengapa kami yang bekerja keras, membayar cukai terpaksa menanggung kepayahan yang lebih dari mereka yang memilih untuk tidak bekerja"??? katanya lagi.

Masalah ekonomi menyebabkan peratusan penganggur meningkat antara sebab mengapa tindakan mengagihkan bantuan kewangan dilihat perlu. Ia juga bukti kemajuan negara itu. Pada masa sama juga mungkin amalan yang terpaksa dilaksanakan secara berterusan demi menguatkan sokongan rakyat kepada pemerintah. Buktinya majoriti bantahan atau rusuhan yang berkalu di Eropah selalu tercetus apabila wujudnya sebarang cadangan untuk mengurangkan peruntukan bagi elaun kebajikan.

Apabila dilaksanakan secara berterusan ia memberi kesan terhadap usaha mengupayakan masrakat dan menyumbang kepada keruntuhan moral. Bantuan kebajikan secara "semberono" tanpa "justifikasi" jelas menyujudkan masyarakat malas dan tidak bermotivasi. Itu yang berlaku di Britain. Golongan ini menjalani kehidupan tanpa sekatan adan aturan displin. Justeru, tidak hairan apabila wujudnya kehendak melebihi kemampuan, penyelesaian diambil menerusi tindakan kekerasan dan jenayah.

Di Malaysia isu negara kebajikan pernah menjadi polimik. Beberapa keputusan tidak popular terpaka diambil kerajaan seperti menaikkan harga petrol lantas mengundang peluang kepada "oportunis" politik. Pemerintah dituduh tidak sensetif, sentimen rakyat dibakar dan rakyat dimomokkan dengan manifesto "negara kebajikan" sekiranya mereka diberikan peluang untuk memerintah.

Kebarangkalian manifesto ini dapat direalisasikan sebenarnya agak kabur dan mengarut. Kebajikan sebenarnya sesuatu yang subjektif. Ia sebenarnya bergantung kepada definasi "kebajikan" itu sendiri dari kaca mata dan kepuasan masing-masing. Negara kebajikan sebenarnya penyataan amat "am". Perlaksanaannya ditentukan oleh konsistensi pencapai sesebuah negara itu dari sudut ekonomi, sosial dan politik.

Disokong kecekapan dan keupayaan melahirkan tenaga kerja yang dapat memenuhi pasaran, faktor ini mengelakkan segala bentuk pembaziran atau kebergantungan kepada sumber luaran seperti tenaga buruh asing dan seterusnya mengelak berlakunya pengangguran. Ini perlu difahami rakyat negara ini. Kita perlu realistik tatkala terus mengharap kos hidup tidak meningkat. Pensubsidian akan membuatkan kita lalai untuk berjimat cermat.

Pengagihan subsidi secara sama rata akan memanjangkan lagi kebergantungan rakyat terhadap kerajaan. Apabila terdapat sebarang usaha mengurangkannya kita dengan mudah memberontak dan mengaitkannya dengan "kejahilan" pemerintah dengan keperitan ditanggung rakyat. Tindakan sama diambil pemerintah negara jiran apabila ketidakmampuan menampungnya lagi. Contoh terbaru mengumumkan kenaikan harga petrol.

*Berfikiran matanglah

Ahad, 8 April 2012

Brother Aaron Aziz Bintang Paling Popular 2012

Aaron Aziz bintang paling popular Anugerah Berita Popular Berita Harian 2012. Tahniah diucapkan. Ini memang sudah dijangka. menang besar Aaron Aziz kali ni. Nak tahu apa rahsia kemenangan Aaron Aziz? Iaitu sikapnya yang sentiasa mesra peminat. Lihatlah pada twitter ataupun facebooknya. Pasti peminat diutamakan.
Jom saksikan keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

Penyanyi Lelaki Popular : Hafiz
Penyanyi Wanita Popular : Yuna
Penyanyi Duo/Kumpulan Popular : 3 SUARA Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
Pelakon Filem Lelaki Popular : Aaron Aziz
 Pelakon Filem Wanita Popular : Maya Karin
Pelakon TV Lelaki Popular : Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha
Pengacara TV Lelaki Popular : Zizan Raja Lawak
Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail
Pengacara Radio Wanita Popular : Fara Fauzana
Artis Komedi Lelaki Popular : Johan
Artis Komedi Wanita Popular : Didie Alias
Artis Baru Lelaki Popular : Johan Ariff (Botak)
Artis Baru Wanita Popular : Tasha Shilla
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Sheila Majid
Anugerah Seri Perak : Dato’ Siti Nurhaliza
Artis Paling Popular 2011 : Aaron Aziz
 
Tahniah Aaron Aziz
 

Selasa, 3 April 2012

BaYaRN tIdAK meMaDai

Salam kepada semua pembaca K.F.K.B.L yang sudi singgah membaca di sini. Saya sangat2 menghargai dan mengucapkan terima kasih. Kali nie saya ada isu yang hendak di kongsi dan dapat mengambil iktibar bersama. Pada hujung minggu yang lepas saya dan rakan telah pergi "CAMPING" di Gunung Ledang Johor. Wahh....Bila dengar jer nak pie Gunung Ledang terbayang keindahan Alam Flora Dan Fauna yang indah di sana..

RESORT GUNUNG LEDANG
Perjalanan dari Melaka ke Gunung Ledang mengambil masa hampir 1jam 45 minit sekiranya melalui Lebuhraya Utara Selatan Ext Toll Tangkak Johor.  Melintasi Pekan Tangkak (Bandar Diraja) yang sesak dengan pelbagai kedai menjual "KAIN" menjadikan pekan ini sangat popular di kalangan kaum HAWA.

Setibanya di Pintu Masuk untuk ke Gunung Ledang kami dikehendaki membayar RM 1/person,
RM 2/parking, RM5/ perking "bermalam", setelah selesai kami di minta ke Ibu Pejabat Resort untuk mendaftar "CAMPSITE" dan di minta membayar RM 10/person. Saya merasakan bayaran yang di kenakan terlalu banyak sehingga puluhan ringgit  dan berfikir mungkin bayaran ini adalah untuk menyelenggara kemudahan yang terdapat dipersekitaran Gunung.Tetapi ia meleset sama sekali.

* Contoh pengiraan :,
SAMPAH YANG BERSELERAKAN
  • Bayaran Masuk Rm 1/per x 5 = Rm 5
  • Bayaran Kereta Rm 2/unit x 1=Rm 2
  • Bayaran Kereta (bermalam) Rm 5/unit x 1=Rm 5
  • Jumlah untuk "MASUK" sahaja Rm 12.00 
  • Fee yang dikenakan untuk tapak oleh Resort Rm 10/per x 5= Rm 50

TIDAK DIKUMPULKAN


PEMBAKARAN TANPA KAWAALAN

SAMPAH BERTABURAN


Jumlah keseluruhan untuk MASUK dan BERMALAM di GUNUNG LEDANG sahaja sudah Rm 62.00. Bayangkan dengan keadaan kawasan yang tidak diselenggara dan kemudahan awam tidak mencukupi serta sampah banyak bertaburan dimerata tempat adakah selayaknya kadar sedemikian di kenakan kepada pengunjung??

PEROKOK MEMBUANG PONTONG ROKOK MERATA



 Jika keindahan ini tidak dipelihara nascaya generasi yang akan datang tidak dapat menikmatinya. Jadi selain meletakkan tanggungjawab membersihkan kawasan rekreasi ini kepada pihak pengurusan RESORT, kita boleh juga membantu untuk menjaga kawasan tadahan hujan ini supaya ianya berkekalan..
KEINDAHAN GUNUNG LEDANG