Jumaat, 5 Oktober 2012

Diri Kita Adalah Segala-Galanya..

Dalam suasana yang sepi aku dapat merasakan betapa kecilnya aku, tanpa sesiapa yang memahami hati ini..Aku tetap meneruskan kehidupan yang penuh berliku ini. Semuany telah ditentukan oleh ilahi.. Aku cuba untuk menentang dan melawan perasaan ini...tetapi itu hanya sia-sia belaka..Apakah yang harus aku lakukan ? Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya. Tidak aku meminta semua ini berlaku keatas diri aku..ya sebagai manusia aku menerima semuanya dengan hati yang terbuka. Walaupun aku tahu semuanya sangat mustahil untuk aku gapai tetapi aku tetap meneruskan kehidupan ini. Mungkin ada lagi insan yang lebih menderita daripada aku...Cuma aku perlu menguatkan semangat dan terus melangkah walaupun merasa kepayahan.. Setiap kali bangun tidur pagi ku aku sangat mengiginkan yang terbaik untuk aku..Berharap semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah cuma kadang-kadang itu aku diduga...biasalah manusia akan diduga untuk melihat tahap kesabaran seorang manusia itu..yang penting kita tidak mudah melenting....Walaupun begitu aku tetap bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan. Menanam perasan untuk terus berjaya melangkah tanpa mengambil kira halangan yang bakal ditempuhi..Ya usaha adalah tangga kejaya...ia akan menentukan masa depan seseorang itu..adakah maju ataupun mundur. So marilah kita bersama-sama memajukan diri kita tidak kira ape bidang yang kita ceburi.. Tingkatkan semangat untuk maju..Insyallah...Wasalam..

Khamis, 3 Mei 2012

Sebersih manakah mereka??

Salam buat semua pembaca KFKB. Maaf telah lama saya tidak sempat mengarut disini..
Pelbagai perkara yang telah berlaku sepanjang tempoh itu.. Lihat sahaja Negara di gemparkan 
dengan BERSIH 3.0 pada 28hb/4/2012.. Sungguh memcemarkan nama Negara di mata dunia..
Adakah apa yang mereka lakukan itu adalah tuntutan agama atau hanya tuntutan POLITIK 
semata?? Saya sangat berasa kesal dengan sikap Rakyat Malaysia yang tidak sedar diUntung..
Apa yang anda semua mahukan lagi?? Tidak bahagia ke kehidupan anda semua?? Adakah anda 
hidup dalam keadaan seperti di Palestine?? Yang tidak dapat makan atau tidak dapat melakukan 
tugas harian bagi menyara Keluarga anda semua?? Hey!!! Sedarlah dari di Ulit Mimpi yang enak 
sedangkan sang pencuri sedang merompak harta anda..

Jujur saya katakan saya tidak menyebelahi mana2 pihak dari segi POLITIK.... Ini adalah 
perasaan risaunya saya terhadap keharmonian Rakyat yang selama ini telah lama dikecapi 
hampir hilang disebabkan oleh "Tangan-tangan Manusia" sendiri.. Apabila di tanya mengapa 
melakukan demonstrasi?? Semuanya akan menjawab ini adalah JIHAT yang HARUS di rebut.
Tolong nyatakan kepada saya apakah yang anda maksudkan JIHAT itu?? 
Adakah perlu berteraskan keganasan? Perlukah mengikut telunjuk Orang Bukan Islam??
Anda sendiri lihat siapa pemimpin yang mengetuai BERSIH 3.0?? Adakah mereka sememangnya 
layak berada di situ? Atau untuk memimpin tampok kepimpinan Negara??

Jawapan saya adalah TIDAK sama sekali.. Seorang pemimpin perlulah BERSIH dari segala segi..
Tidak terlibat dengan MAKSIAT dan berakhlak Mulia serta boleh memerintah secara adil..
Bukan saya sahaja yang berpendapat sebegitu..tetapi orang ramai serta ahli Ulama...
Lihat sahaja ada segelintir Pemimpin ini sanggup bersekongkol dengan Yahudi semata-mata
untuk mencapai matlamat untuk menjadi PM Malaysia.. Masih tidak sedar lagikah wahai
Umat Islam dan Rakyat Malaysia semua!!!!! Dimanakah sebenarnya anda semua berada?
Adakah rakyat Malaysia ini telah terlalu selesa daripada Kemerdekaan yang telah kita kecapi 
selama 54 tahun? Hanya anda sendiri yang tahu jawapan tersebut...

* Berfikirlah sejenak.... Jika masa itu boleh diundurkan semula...Sudah pasti anda tahu bertapa 
susah payahnya Malaysia ini ditubuhkan.... Kita hanya boleh membaca dan mempelajari 
Buku Sejarah di sekolah...tidak kurang seperti kita membaca Novel dirumah atau mendengar
Cerita Dongeng, Sejarah itu sudah tidak memberikan semangat kepada generasi Y kini..
Mereka hanya tahu, Celik-celik mata saja nahh ambil engkau rumah besar, kereta menjalar,
duit bertaburan sehingga mereka sanggup melanggar Perlembagaan Negara hanya disebabkan
hasutan sesetengah Individu berkepentingan peribadi dalam Politik..

Sebarang pendapat sahabat semua sangat saya alu-alukan dan anda dipertanggungjawabkan di atas sebarang pendapat yang anda lontarkan. Sekian Terima Kasih...

Jumaat, 13 April 2012

"Manifesto Negara Kebajikan" "Rakyat Malas"

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Ape khbar anda semua hari nie? Bagaimana dengan tugasan harian anda?
Saya hari ini ada sedikit kupasan mengenai Negara Kebajikan Ajar Rakyat Malas Bekerja.

Baru-baru ini bapa kepada Asyraf Haziq, pelajar dibawah tajaan "MAJLIS AMANAH RAKYAT" yang disamun oleh beberapa remaja ketika berlakunya rusuhan di Britain tahun lalu menjadi tumpuan apabila temu ramah beliau dengan akhbar terkemuka di negara tersebut.

Didalam temu bual akhbar tersebut, beliau telah melontarkan persoalan kewajaran bantuan kebajikan di berikan kepada penganggur di negara berkenaan walaupun majoriti daripadanya waras, sihat tubuh badan dan cukup berupaya untuk bekerja. Antara penerima bantuan tersebut adalah remaja yang telah menyerang Asyraf Haziq. Ketegasan bapa Asyraf Haziq terserlah apabila beliau menegaskan di Malaysia, kebanyakan rakyatnya bekerja keras untuk kesenangan hidup, manakala bantu kebajikan diperuntukkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Diatas kenyataan yang telah dibuat oleh bapa Asyraf Haziq, seorang rakyat Britain telah mengulas kenyataan itu dan turut tidak bersetuju dengan amalan dan pendekatan negara "menanggung biawak hidup" yang dilakukan pihak Kerajaan Britain. "Kami sendiri tidak faham. Mengapa kami yang bekerja keras, membayar cukai terpaksa menanggung kepayahan yang lebih dari mereka yang memilih untuk tidak bekerja"??? katanya lagi.

Masalah ekonomi menyebabkan peratusan penganggur meningkat antara sebab mengapa tindakan mengagihkan bantuan kewangan dilihat perlu. Ia juga bukti kemajuan negara itu. Pada masa sama juga mungkin amalan yang terpaksa dilaksanakan secara berterusan demi menguatkan sokongan rakyat kepada pemerintah. Buktinya majoriti bantahan atau rusuhan yang berkalu di Eropah selalu tercetus apabila wujudnya sebarang cadangan untuk mengurangkan peruntukan bagi elaun kebajikan.

Apabila dilaksanakan secara berterusan ia memberi kesan terhadap usaha mengupayakan masrakat dan menyumbang kepada keruntuhan moral. Bantuan kebajikan secara "semberono" tanpa "justifikasi" jelas menyujudkan masyarakat malas dan tidak bermotivasi. Itu yang berlaku di Britain. Golongan ini menjalani kehidupan tanpa sekatan adan aturan displin. Justeru, tidak hairan apabila wujudnya kehendak melebihi kemampuan, penyelesaian diambil menerusi tindakan kekerasan dan jenayah.

Di Malaysia isu negara kebajikan pernah menjadi polimik. Beberapa keputusan tidak popular terpaka diambil kerajaan seperti menaikkan harga petrol lantas mengundang peluang kepada "oportunis" politik. Pemerintah dituduh tidak sensetif, sentimen rakyat dibakar dan rakyat dimomokkan dengan manifesto "negara kebajikan" sekiranya mereka diberikan peluang untuk memerintah.

Kebarangkalian manifesto ini dapat direalisasikan sebenarnya agak kabur dan mengarut. Kebajikan sebenarnya sesuatu yang subjektif. Ia sebenarnya bergantung kepada definasi "kebajikan" itu sendiri dari kaca mata dan kepuasan masing-masing. Negara kebajikan sebenarnya penyataan amat "am". Perlaksanaannya ditentukan oleh konsistensi pencapai sesebuah negara itu dari sudut ekonomi, sosial dan politik.

Disokong kecekapan dan keupayaan melahirkan tenaga kerja yang dapat memenuhi pasaran, faktor ini mengelakkan segala bentuk pembaziran atau kebergantungan kepada sumber luaran seperti tenaga buruh asing dan seterusnya mengelak berlakunya pengangguran. Ini perlu difahami rakyat negara ini. Kita perlu realistik tatkala terus mengharap kos hidup tidak meningkat. Pensubsidian akan membuatkan kita lalai untuk berjimat cermat.

Pengagihan subsidi secara sama rata akan memanjangkan lagi kebergantungan rakyat terhadap kerajaan. Apabila terdapat sebarang usaha mengurangkannya kita dengan mudah memberontak dan mengaitkannya dengan "kejahilan" pemerintah dengan keperitan ditanggung rakyat. Tindakan sama diambil pemerintah negara jiran apabila ketidakmampuan menampungnya lagi. Contoh terbaru mengumumkan kenaikan harga petrol.

*Berfikiran matanglah

Ahad, 8 April 2012

Brother Aaron Aziz Bintang Paling Popular 2012

Aaron Aziz bintang paling popular Anugerah Berita Popular Berita Harian 2012. Tahniah diucapkan. Ini memang sudah dijangka. menang besar Aaron Aziz kali ni. Nak tahu apa rahsia kemenangan Aaron Aziz? Iaitu sikapnya yang sentiasa mesra peminat. Lihatlah pada twitter ataupun facebooknya. Pasti peminat diutamakan.
Jom saksikan keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

Penyanyi Lelaki Popular : Hafiz
Penyanyi Wanita Popular : Yuna
Penyanyi Duo/Kumpulan Popular : 3 SUARA Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
Pelakon Filem Lelaki Popular : Aaron Aziz
 Pelakon Filem Wanita Popular : Maya Karin
Pelakon TV Lelaki Popular : Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha
Pengacara TV Lelaki Popular : Zizan Raja Lawak
Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail
Pengacara Radio Wanita Popular : Fara Fauzana
Artis Komedi Lelaki Popular : Johan
Artis Komedi Wanita Popular : Didie Alias
Artis Baru Lelaki Popular : Johan Ariff (Botak)
Artis Baru Wanita Popular : Tasha Shilla
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Sheila Majid
Anugerah Seri Perak : Dato’ Siti Nurhaliza
Artis Paling Popular 2011 : Aaron Aziz
 
Tahniah Aaron Aziz
 

Selasa, 3 April 2012

BaYaRN tIdAK meMaDai

Salam kepada semua pembaca K.F.K.B.L yang sudi singgah membaca di sini. Saya sangat2 menghargai dan mengucapkan terima kasih. Kali nie saya ada isu yang hendak di kongsi dan dapat mengambil iktibar bersama. Pada hujung minggu yang lepas saya dan rakan telah pergi "CAMPING" di Gunung Ledang Johor. Wahh....Bila dengar jer nak pie Gunung Ledang terbayang keindahan Alam Flora Dan Fauna yang indah di sana..

RESORT GUNUNG LEDANG
Perjalanan dari Melaka ke Gunung Ledang mengambil masa hampir 1jam 45 minit sekiranya melalui Lebuhraya Utara Selatan Ext Toll Tangkak Johor.  Melintasi Pekan Tangkak (Bandar Diraja) yang sesak dengan pelbagai kedai menjual "KAIN" menjadikan pekan ini sangat popular di kalangan kaum HAWA.

Setibanya di Pintu Masuk untuk ke Gunung Ledang kami dikehendaki membayar RM 1/person,
RM 2/parking, RM5/ perking "bermalam", setelah selesai kami di minta ke Ibu Pejabat Resort untuk mendaftar "CAMPSITE" dan di minta membayar RM 10/person. Saya merasakan bayaran yang di kenakan terlalu banyak sehingga puluhan ringgit  dan berfikir mungkin bayaran ini adalah untuk menyelenggara kemudahan yang terdapat dipersekitaran Gunung.Tetapi ia meleset sama sekali.

* Contoh pengiraan :,
SAMPAH YANG BERSELERAKAN
  • Bayaran Masuk Rm 1/per x 5 = Rm 5
  • Bayaran Kereta Rm 2/unit x 1=Rm 2
  • Bayaran Kereta (bermalam) Rm 5/unit x 1=Rm 5
  • Jumlah untuk "MASUK" sahaja Rm 12.00 
  • Fee yang dikenakan untuk tapak oleh Resort Rm 10/per x 5= Rm 50

TIDAK DIKUMPULKAN


PEMBAKARAN TANPA KAWAALAN

SAMPAH BERTABURAN


Jumlah keseluruhan untuk MASUK dan BERMALAM di GUNUNG LEDANG sahaja sudah Rm 62.00. Bayangkan dengan keadaan kawasan yang tidak diselenggara dan kemudahan awam tidak mencukupi serta sampah banyak bertaburan dimerata tempat adakah selayaknya kadar sedemikian di kenakan kepada pengunjung??

PEROKOK MEMBUANG PONTONG ROKOK MERATA



 Jika keindahan ini tidak dipelihara nascaya generasi yang akan datang tidak dapat menikmatinya. Jadi selain meletakkan tanggungjawab membersihkan kawasan rekreasi ini kepada pihak pengurusan RESORT, kita boleh juga membantu untuk menjaga kawasan tadahan hujan ini supaya ianya berkekalan..
KEINDAHAN GUNUNG LEDANG




Sabtu, 17 Mac 2012

Dah Lebih nie!!!!!

Sebagai rakyat MALAYSIA aku terpanggil la untuk membuat isu ini....Rasanya seperti ada yang tidak kena dengan keputusan NEGARA JIRAN mengenai bayaran untuk PEMBANTU RUMAH....Apa sebenarnya yang dimahukan oleh pihak KERAJAAN INDONESIA yer?? Bayangkan setiap tugasan yang dilakukan berharga RM 700$$$$ perghh tak mengagak betol la....

Gaji mengalahkan PROFESSIONAL tu beb!!!! Dah la kemudahan semua disediakan.. Rumah, makan, dan bawak jalan bagai dah tu nk bayar LEBIH lagi?? Per cite nie!!! Walaupun aku nie tak guna la perkhidmatan PEMBANTU UMAH nie tapi aku tak puas hati la beb..... Ini tidak adil betul la....Pekerja asing nie keje kat sini mcm orang BODOH JER....tapi balik KAMPUNG halaman jadi JUTAWAN tu siutttt!!!!!

Lihat jer LAMBAKAN warga asing nie menyebabkan banyak jenayah berleluasa serta kurangnya peluang pekerjaan untuk rakyat MALAYSIA sendiri...Aku rasa la MALAYSIA dah tak perlu lagi dok IMPORT orang asing nie lagi... Sekarang nie nak amik diorang keje lagi mahal so sama jer kalau amik ORANG MALAYSIA sendiri keje bayar gaji yang sama MAHALnya...Betul tak?? Nie pendapat aku la...tapi aku rasa ini adalah cara yang TERBAIKK!!!...

Kehadiran pendatang asing tanpa izin (Pati) di negara ini selain membebankan kerajaan daripada segi pengurusan dan kos, juga membawa kesan negatif kepada masyarakat tempatan daripada sudut sosial, kata seorang pakar sosial.
Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata kedatangan Pati membawa impak kepada kegiatan antisosial seperti jenayah termasuk yang serius.
Banyak kes pembunuhan, rompakan, pecah rumah dan mencuri membabitkan Pati dengan kes terbaru melibatkan penahan lapan lelaki Bangladesh berhubung pembunuhan wanita Indonesia yang dikerat 15 bahagian di Apartmen Astaria, Taman Kosas, Ampang.
Turut dibunuh ialah anak lelaki wanita itu.
Rumah-rumah urut pula menggunakan khidmat wanita warga asing, dan apa yang membimbangkan ialah golongan belia sudah mula berjinak-jinak mengunjungi tempat ini.
“Golongan ini (Pati) juga terbabit dengan kegiatan kurang bermoral seperti meminta sedekah. Mereka juga membawa nilai agama dan bangsa yang kontroversial,” kata Mohamed Fadzil kepada Bernama di sini Rabu.
Oleh itu, katanya, wajarlah kerajaan melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin, dikenali sebagai 6P, yang bermula serentak di Semenanjung dan Sarawak sejak 1 Ogos lepas.
“Mereka juga membabitkan belanja untuk kos penahanan dan menghantar mereka pulang ke negara asal. Saya sangat bersetuju Kementerian Dalam Negeri terutamanya Jabatan Imigresen Malaysia mengadakan program 6P yang sebahagian besar akan mengatasi masalah-masalah sosial ini,” katanya.
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, sehingga 8 Ogos, 1,548,798 Pati dan pekerja asing sah telah didaftar melalui program itu.
  Sumber : Wowberita.org

 p/s: So sedar2 lah warga MALAYSIA semua....Rebut pekerjaan yang ditawarkan...jangan dok memilih sangat...Sebat jer peluang yang ada..kalau nak gaji besar tambah la skill ok baru la bleh dapat gaji besar...

Khamis, 15 Mac 2012

Jenayah Berleluasa....

Indah sungguh kehidupan di DUNIA ini..
Kita boleh melakukan pelbagai AKTIVITI tidak kira masa, pagi, petang, malam sehingga ke pagi dan seterusnya... Kita sering sibuk dengan tugasan harian kita, kadang-kala kita terlepas pandang apa yang berlaku di sekeliling kita..Lihat sahaja sekarang ini pelbagai kes yang berlaku, contohnya pembunuhan yang menggemparkan NEGARA Allahyarhan Nurul Nadirah atau panggilan manjanya "DIRANG". 


Dimana letaknya sifat kemanusiaan MANUSIA zaman kini yang sedikit pun tidak mempunyai sifat belas kasihan walaupun NEGARA ini mempunyai undang-undang. Di manakah silapnya?? Adakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa lambat? Atau masih kurangnya kecekapan dan pendedahan? Mungkin kita perlu mengkaji semula apakah tindakan yang perlu kita ambil bagi mengelakkan perkara ini dari terus berlaku.


Ini adalah indeks kadar jenayah di Malaysia...

PERBANDINGAN JENAYAH INDEKS (JAN ï¾– SEPT. 2010 / 2011)
 DAN JENAYAH JALANAN (JAN ï¾– SEPT. 2009 / 2011)
KONTINJEN HOTSPOT /MALAYSIA
Perbandingan Statistik Jenayah Indeks / Jenayah Jalanan Kontinjen Malaysia 2009/2010
Sumber : Polis Diraja Malaysia


Sangat membimbangkan dengan kadar peratusan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Jadi sebagai umat manusia amnya serta rakyat MALAYSIA khasnya kita perlu mengambil langkah berhati-hati supaya kadar jenayah dapat di turunkan. Orang ramai perlu peka dengan keadaan sekeliling, tidak kira di mana sahaja kerana ia akan membantu sedikit sebanyak dalam menjaga keselamatan awam. Tanamkan kembali sikap "Menjaga Tepi Kain", itu adalah langkah terbaik untuk di pupuk kerana semua orang di kawasan kejiranan anda akan saling mengambil tahu mengenai apa yang sedang berlaku..

p/s: Wahai penjenayah ingat2 la....kat dunia nie engkau bebas la....Esok kt akhirat engkau akan tau.. Ar nk cakap jgk nie klu nk jaga tepi kain tu agak2 la yer...Jgn LUAR DALAM pn nk jaga jgk...Dah tu duk ANYAM KETUPAT kt bawah pokok mangga.... erm...dh salah tu makcik oiii...Oklah....klu ada ape2 nk tmbah comment la yer...

Rabu, 14 Mac 2012

SiFaT pErOKoK MALAYSIA...

Asssalammualaikum...


Sambil aku sedang duduk termenung di CAFE
Tiba-tiba aku terNAMPAK satu sikap yang kurang MOLEK...
Walaupun bagi sesetengah ORANG itu adalah perkara biasa,
Tetapi bagi aku ia sangat2 kurang MENYENANGKAN pandangan ....
Adakah itu sudah sikap yang telah DIPUPUK oleh rakyat MALAYSIA sendiri??


Ya, itulah sikap yang telah dan akan TERUS diWARISI oleh semua RAKYAT Malaysia....
Jika tabiat ini tidak diPERINGAT.... Ia akan terus berNANAH dan MEMBUSUK...
Peliknya semua sudah tahu KESALAHAN yang dilakukan..Tetapi sengaja di pandang REMEH.

Inilah buktinya sikap PEROKOK yang sedikitpun tidak mempunyai rasa TANGGUNGJAWAB
kepada masyrakat, agama, dan DUNIA....

"dalam tandas awam"



"kat longkang"

Ape seharusnya yang perlu kita lakukan supaya PEROKOK dapat mendidik diri mereka untuk menjaga KEBERSIHAN?? Saya tidak menyatakan yang merokok itu SALAH..cuma saya sangat TIDAK bersetuju jika perkara ini berlarutan.

FAKTA MEMBIMBANGKAN AKIBAT MEROKOK
  • • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok
  • • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5 : 1
  • • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah
  • • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok
  • • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun
  • • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

p/s : Jangan la nak puaskan tekak engkau orang aje...X fikir orang lain ker??
Please la....Dah isap rokok tu buang la kt tong sampah @ klu dh x ad tong sampah tu simpan la dalam POKET SELUAR korang...ok...Klu aku salah tang bab nie please comment ye...

Jumaat, 10 Februari 2012

Jangan Terpedaya....

Asaalammualaikum....
Setelah sekian lama tidak sempat untuk berkongsi cerita,
hari ine aku berkesempatan untuk bercerita dan bercerita...
Aku terpanggil pula untuk berkongsi dengan kawan2 semua tentang
pengalaman bersama kawan yang suka mengambil kesempatan..
Ada pepatah menyatakan "JANGAN JADI SEPERTI UMANG2"
Adakah kawan2 semua mengenali apakah binatang UMANG2???

Dalam kehidupan seharian kita, kawan adalah orang yang paling rapat
selain KELUARGA. Kadang-kala 8 hingga 12 jam kita akan berada di pejabat dan tempat bertugas,
so kawan2lah tempat kita untuk berkongsi sebarang masalah.. Adakalanya kawan tidak
berkira2 untuk membantu kita sedangkan mereka ada masalah yang tersendiri.

Tetapi!!!!! Adakah anda semua sedar akan KAWAN2 yang pandai memanipulasikan
hubungan persahabatan yang terjalin. Meraka jadi seperti ORKID yang INDAH,
tetapi sekadar HIDUP menumpang pada ORANG lain.. Terbaikkkk!!! Bukan??

Sebuah perhubungan persahabatan perlu ada sikap bertolak ansur antara satu
dengan yang lain. Jika hanya mementingkan keperluan dan kehendak diri sendiri
sehingga mengetepikan  perasaan ORANG lain.
Adakah ini namanya KAWAN atau SAHABAT?? Tak guna semuanya, jika kita
dapat kawan yang TIDAK sedar diUNTUNG...jawabnya cepat2 lah kita GULUNG
TIKAR supaya terselamat daripada MUSLIHAT SPRING TILAM..

Hhahaaha....Mungkin itu semua adalah tempoh masa untuk kenal mengenali...
Setelah kita tahu siapa sidia yang HIDUNG berBELANG TUPAI lama kelamaan kita
akan menjauhkan diri.....tapi kalau kita dapat kawan yang KAUTIM...Perghhh...
Tentu seronok la punya....

So akhir kata dan pengkongsian saya, kita haruslah PANDAI dan BIJAK 
memilih KAWAN dan SAHABAT ..Selamat mendengar.....

Sabtu, 28 Januari 2012

Cuba Kenali Diri Anda...

Siapa diri kita?? Adakah anda benar2 mengenali diri anda??
(_)_(_)_(_)_(_)(_)(_)_(_)_(_)_(_)(_)(_)_(_)_(_)_(_)(_)


Hanya anda sahaja yang benar2 tahu jawapanya....
Tetapi adakalanya kita sendiri tidak kenal dengan diri sendiri...
Contohnya ketidakpercayaan terhadap diri sendiri untuk melakukan sesuatu perkara....
Pelbagai persoalan akan timbul.......Antaranya:


  • Boleh ker aku lakukan nie??
  • Macam mana la nak buat ekk...??
  • Aku tak pandai la.....
  • Erm...please suruh orang lain yer..
Dan rasanya bermacam2 lagi alasan yang cuba direka cipta.....
Benarkah begitu?? Disini saya cuba untuk membongkarkannya....
Bahawanya diri kita MAMPU untuk melakukan apa juga perkara..
Tidak kira apa sahaja, Jika kita ada KEMAHUAN disitu juga ada JALANYA.


Bertapa pentingnya kita mengenali siapa diri kita...
Lihat sahaja, Ramai yang berjaya adalah orang yang benar-benar mengenali dirinya...
Percaya kepada diri anda....Lahirkan kata2  semangat untuk diri anda sendiri...


  • Aku BOLEH !!!!
  • Usaha lagi....!!!!
  • Go Go>>>>
  • Cuba dan cuba lagi.....
Pelbagai lagi kata-kata perangsang yang boleh menaikkan EMOSI positif...
Seterusnya anda akan berjaya melakukan apa jua perkara.....
Contoh terbaik untuk diteladani adalah Nabi junjungan kita.....
Muhammad s.a.w....Baginda telah berjaya melakukan apa juga tugasan yang telah diamanahkan..
Walaupun pelbagai halangan yang terpaksa baginda tempuh...
Dihina,dicaci,dilemparkan najis, dan pelbagai lagi dugaan yang tidak henti2 menimpa nasib baginda..
Lihat!!!! Begitu kentalnya jiwa baginda....Subhanallah......

Lakukan perkara2 yang boleh memotivasikan diri anda...
Insyallah....semuanya akan berlalu dgn mudah sekali..yang penting percaya pada diri sendiri...
"Ingat tidak mudah untuk menjadi mudah"kerna yg "mudah itu sungguh susah untuk diperoleh"



Ahad, 8 Januari 2012

Mahkamah bebaskan Anwar

  (SUMBER BERITA HARIAN)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sebentar tadi.
Mohamad Zabidin menyatakan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.
“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

"Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya.

Pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden, ketika ditemui, berkata mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan dan berkata, mereka ada 10 hari untuk berbuat demikian.

Anwar, 64, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Perbicaraan kes liwat berkenaan yang mendapat tumpuan meluas media dan orang ramai, bermula pada 3 Februari 2010 dengan pihak pendakwaan memanggil 27 saksi dan empat saksi menyangkal, manakala lapan saksi pembelaan dipanggil termasuk Anwar yang memberikan keterangan daripada kandang tertuduh.

Ia adalah tuduhan liwat kedua dihadapi Anwar. Pada 1998, beliau pernah dituduh meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar.

Bagi tuduhan berkenaan, Anwar disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun selepas rayuan Mahkamah Persekutuan menolak sabitan dan mengetepikan hukuman penjara serta membebaskan Anwar

Khamis, 5 Januari 2012

MARI MASUK KKTM MASJID TANAH

MARILAH MEYAMBUNG PENGAJIAN ANDA DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA DI DALAM BIDANG
  • DIPLOMA PEMROSESAN SERAMIK                   
  • DIPLOMA PEMROSESAN PLASTIK                      
  • DIPLOMA PEMROSESAN POLIMER KOMPOSIT
JANGAN BIMBANG YURAN PENGAJIAN DAN PENGINAPAN DITAJA SEPENUHNYA OLEH MARA.




Rabu, 4 Januari 2012

Peluang Sambung Belajar....

Tawaran Sambung Pengajian Anda....
Jangan Tunggu Lagi!!!! Cepat!!!!
Ajak rakan2, Anak Saudara, Dan Sesiapa Sahaja....













Selasa, 3 Januari 2012

Jangan kita Pernah Lupa>>>

Melihat cuaca hari ini sungguh cerah sambil MENTARI sedang membelah KECERIAAN pagi aku merasakan begitu nyaman sekali. Kelihatan BURUNG2 sedang sibuk terbang kesana dan kemari untuk mencari makan yg menjadi LUMRAH kepada setiap benda yang HIDUP di alam SEMESTA ciptaan MAHA PENCIPTA..

Aku berSYUKUR kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup UDARA dan menjalankan semua AKTIVITI harian tanpa sebarang masalah.. Ya bukan MUDAH untuk kita merasakan keNIKMATAN ini.. Jika TIDAK diberi KESEMPATAN rasanya sudah diLIANG LAHAT agaknya sambil diSOAL oleh MALAIKAT mukar nakir..ishhhh Pernahkah anda semua membayangkannya??

Adakalanya kita sering ALPA dengan KENIKMATAN diDUNIA sehinggakan kita sanggup mengabaikan tanggungjawab terhadap DIRI SENDIRI, orang sekeliling dan yg paling PENTING adalah tugas kita terhadap  ALLAH AZAWAJALA pencipta segala LANGIT dan BUMI...

Seorang MANUSIA yang telah diAMANAHKAN dimuka BUMI ini sebagai KHALIFAH bagi menjaga dan saling INGAT-mengINGATKAN sesama MANUSIA tentang ujudnya KEKUASAAN dan KEBESARANNYA supaya tidak terus HANYUT dengan PERMAINAN SYAITAN dan IBLIS yang telah berjanji untuk MENYESATKAN umat MUHAMMAD s.a.w... Surah AnNas ayat 005 :bermaksud : Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia..

Marilah kita bersama2 berganding bahu dan seiring menjadi UMAT yang berguna serta mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah yang dilaknat.. Sekian...