Kita boleh melakukan pelbagai AKTIVITI tidak kira masa, pagi, petang, malam sehingga ke pagi dan seterusnya... Kita sering sibuk dengan tugasan harian kita, kadang-kala kita terlepas pandang apa yang berlaku di sekeliling kita..Lihat sahaja sekarang ini pelbagai kes yang berlaku, contohnya pembunuhan yang menggemparkan NEGARA Allahyarhan Nurul Nadirah atau panggilan manjanya "DIRANG".
Dimana letaknya sifat kemanusiaan MANUSIA zaman kini yang sedikit pun tidak mempunyai sifat belas kasihan walaupun NEGARA ini mempunyai undang-undang. Di manakah silapnya?? Adakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa lambat? Atau masih kurangnya kecekapan dan pendedahan? Mungkin kita perlu mengkaji semula apakah tindakan yang perlu kita ambil bagi mengelakkan perkara ini dari terus berlaku.
Ini adalah indeks kadar jenayah di Malaysia...
![]() |
PERBANDINGAN JENAYAH INDEKS (JAN ヨ SEPT. 2010 / 2011)
KONTINJEN HOTSPOT /MALAYSIADAN JENAYAH JALANAN (JAN ヨ SEPT. 2009 / 2011) |
![]() |
| Perbandingan Statistik Jenayah Indeks / Jenayah Jalanan Kontinjen Malaysia 2009/2010 |
Sangat membimbangkan dengan kadar peratusan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Jadi sebagai umat manusia amnya serta rakyat MALAYSIA khasnya kita perlu mengambil langkah berhati-hati supaya kadar jenayah dapat di turunkan. Orang ramai perlu peka dengan keadaan sekeliling, tidak kira di mana sahaja kerana ia akan membantu sedikit sebanyak dalam menjaga keselamatan awam. Tanamkan kembali sikap "Menjaga Tepi Kain", itu adalah langkah terbaik untuk di pupuk kerana semua orang di kawasan kejiranan anda akan saling mengambil tahu mengenai apa yang sedang berlaku..


Tiada ulasan:
Catat Ulasan