Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Ape khbar anda semua hari nie? Bagaimana dengan tugasan harian anda?
Saya hari ini ada sedikit kupasan mengenai Negara Kebajikan Ajar Rakyat Malas Bekerja.
Baru-baru ini bapa kepada Asyraf Haziq, pelajar dibawah tajaan "MAJLIS AMANAH RAKYAT" yang disamun oleh beberapa remaja ketika berlakunya rusuhan di Britain tahun lalu menjadi tumpuan apabila temu ramah beliau dengan akhbar terkemuka di negara tersebut.
Didalam temu bual akhbar tersebut, beliau telah melontarkan persoalan kewajaran bantuan kebajikan di berikan kepada penganggur di negara berkenaan walaupun majoriti daripadanya waras, sihat tubuh badan dan cukup berupaya untuk bekerja. Antara penerima bantuan tersebut adalah remaja yang telah menyerang Asyraf Haziq. Ketegasan bapa Asyraf Haziq terserlah apabila beliau menegaskan di Malaysia, kebanyakan rakyatnya bekerja keras untuk kesenangan hidup, manakala bantu kebajikan diperuntukkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Diatas kenyataan yang telah dibuat oleh bapa Asyraf Haziq, seorang rakyat Britain telah mengulas kenyataan itu dan turut tidak bersetuju dengan amalan dan pendekatan negara "menanggung biawak hidup" yang dilakukan pihak Kerajaan Britain. "Kami sendiri tidak faham. Mengapa kami yang bekerja keras, membayar cukai terpaksa menanggung kepayahan yang lebih dari mereka yang memilih untuk tidak bekerja"??? katanya lagi.
Masalah ekonomi menyebabkan peratusan penganggur meningkat antara sebab mengapa tindakan mengagihkan bantuan kewangan dilihat perlu. Ia juga bukti kemajuan negara itu. Pada masa sama juga mungkin amalan yang terpaksa dilaksanakan secara berterusan demi menguatkan sokongan rakyat kepada pemerintah. Buktinya majoriti bantahan atau rusuhan yang berkalu di Eropah selalu tercetus apabila wujudnya sebarang cadangan untuk mengurangkan peruntukan bagi elaun kebajikan.
Apabila dilaksanakan secara berterusan ia memberi kesan terhadap usaha mengupayakan masrakat dan menyumbang kepada keruntuhan moral. Bantuan kebajikan secara "semberono" tanpa "justifikasi" jelas menyujudkan masyarakat malas dan tidak bermotivasi. Itu yang berlaku di Britain. Golongan ini menjalani kehidupan tanpa sekatan adan aturan displin. Justeru, tidak hairan apabila wujudnya kehendak melebihi kemampuan, penyelesaian diambil menerusi tindakan kekerasan dan jenayah.
Di Malaysia isu negara kebajikan pernah menjadi polimik. Beberapa keputusan tidak popular terpaka diambil kerajaan seperti menaikkan harga petrol lantas mengundang peluang kepada "oportunis" politik. Pemerintah dituduh tidak sensetif, sentimen rakyat dibakar dan rakyat dimomokkan dengan manifesto "negara kebajikan" sekiranya mereka diberikan peluang untuk memerintah.
Kebarangkalian manifesto ini dapat direalisasikan sebenarnya agak kabur dan mengarut. Kebajikan sebenarnya sesuatu yang subjektif. Ia sebenarnya bergantung kepada definasi "kebajikan" itu sendiri dari kaca mata dan kepuasan masing-masing. Negara kebajikan sebenarnya penyataan amat "am". Perlaksanaannya ditentukan oleh konsistensi pencapai sesebuah negara itu dari sudut ekonomi, sosial dan politik.
Disokong kecekapan dan keupayaan melahirkan tenaga kerja yang dapat memenuhi pasaran, faktor ini mengelakkan segala bentuk pembaziran atau kebergantungan kepada sumber luaran seperti tenaga buruh asing dan seterusnya mengelak berlakunya pengangguran. Ini perlu difahami rakyat negara ini. Kita perlu realistik tatkala terus mengharap kos hidup tidak meningkat. Pensubsidian akan membuatkan kita lalai untuk berjimat cermat.
Pengagihan subsidi secara sama rata akan memanjangkan lagi kebergantungan rakyat terhadap kerajaan. Apabila terdapat sebarang usaha mengurangkannya kita dengan mudah memberontak dan mengaitkannya dengan "kejahilan" pemerintah dengan keperitan ditanggung rakyat. Tindakan sama diambil pemerintah negara jiran apabila ketidakmampuan menampungnya lagi. Contoh terbaru mengumumkan kenaikan harga petrol.
*Berfikiran matanglah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan