Selamat petang aku ucapkan pada semua yg sanggup singgah untuk membaca carutan yg aku coretkan pada hari ini. Sejak akhir-akhir ini banyak sangat perkara yg berlaku. Mana tidaknya kecoh 1 DUNIA yg pesawat Mas Boing MH 370 yg hilang entah kemana, ditambah pula dengan isu BOMOH yg menunjukkan kepakaran utk mengesan pesawat tersebut. Aku mengucapkan takziah kepada keluarga yang terlibat. Seterusnya timbul pula isu penculikan di zon ESSCOM yg telah di kawal begitu ketat oleh Pegawai Keselamatan Malaysia. Urmm....Mcm mne la boleh terlepas agaknya. Baru2 ini ada kenyataan drpd Menteri bahawa mungkin terdapat ketidak telusan pegawai ESSCOM yg bertugas dan Pihak SPRM telahpun mengambil langkah awal menghantar pegawai SPRM ke sana.
Dalam pd itu juga, timbul pula isu keluar PARTI oleh 3 Adun BN Terengganu menjadi Adun Bebas diatas ketidakpuasan hati kerana DS Najib telah membuat kepetusan utk menukar MB Terengganu yg baharu. Kalut 1 Malaysia dibuatnya.... (hahahaha) tp akhirnya mereka berbalik semula kpd pangkuan BN (UMNO). Ada yg berpendapat isu ini adalah gimik parti tersebut tp tak dapat dipastikan sejauh mana perkara ini. Kita doakan yg terbaik sajalah. Senyap sudah isu tersebut.... Dengan tiba2 timbul pulak isu Beruang Panda yg menelan belanja jutaan ringgit. Ada pihak yg menentang sekeras2nya tindakan kerajaan membelanjakan jutaan ringgit hanya disebabkan Beruang Panda yg diterima drpd Kerajaan Negara China tanda 40 tahun Persahabatan Malaysia China. Tahniah diucapkan....tp jgnlah berbazir-baziran......ok....
So aku rasa cukup kot carutan utk ptg ini. So nt kita ketemu lagi pd masa dan hari yg berlainan. Jaga Hati, Insyallah Akan Menjadi Insan Yg Suci.... :) :p
Tiada ulasan:
Catat Ulasan